Cara Semak Blog Mobile Friendly

Cara Semak Blog Mobile Friendly

Tahukah anda dunia cyber memang akan membangun dengan begitu pantas sekali. Hari ini lain dan mungkin esok akan jadi lain. Begitu lah perumpamaannya. Seperti juga gajet-gajet atau telefon pintar yang ada pasti akan cepat sahaja proses inovasi terhadap benda-benda ini. Sampaikan kita tidak terkejar kepada kecanggihan teknologi ini. Begitu juga dengan polisi-polisi gergasi dalam dunia cyber. Google baru-baru ini membuat pengumuman bahawa Google Mahu Blog Mesra Mobile. Jadi ini Cara Semak Blog Mobile Friendly.

Makna kata anda yang ada blog perlu menggunakan theme yang "responsive" dan mesra dengan telefon pintar. Maklum sahaja lah kebanyakan netizen sekarang "online" menggunakan smartphone mereka.

Google juga telah menyatakan bahawa jika tidak menggunakan theme yang responsive atau mesra mobile ini akan menyebabkan blog anda tercicir dari enjin carian google. Jadi kepada semua blogger yang masih menggunakan theme lama sila tukar sekarang.

Untuk mengetahui adakah blog anda mesra telefon pintar dan responsive atau tidak sila semak atau check hanya di sini. Masukan URL blog anda dan anda akan dapat keputusannya.

0 Response to "Cara Semak Blog Mobile Friendly"

Post a Comment