Biodata Mira Filzah



Disebabkan cerita slot Akasia TV3 Cinta Si Wedding Planner nama Mira Filzah tiba-tiba menjadi sebutan ramai. Penampilan Mira Filzah yang bertudung serta wajah ayu yang dimiliki oleh Mira Filzah sudah pasti mencairkan sesiapa sahaja yang melihat beliau terutamanya lelaki. Jadi admin ingin berkongsi kepada semua pembaca tentang Biodata Mira Filzah heroin drama Cinta Si Wedding Planner ini.

Nama penuh beliau adalah Nur Amirah Filzah Badiozaman dalam dunia lakonan belum pun setahun, namun namanya dikenali dengan agak cepat dan drastik terutamanya oleh pengguna rangkaian laman media sosial. Malah penampilan cantik dengan berhijab dilihat sebagai bonus untuk dirinya mendapat peminat yang ramai dimana penampilan tersebut bukan halangan untuk dia mencuba nasib mengetengahkan bakat yang ada dalam bidang lakonan tanah air. 

Mira Filzah tampil dalam dunia peragaan untuk majalah ketika usia 18 tahun, sebelum pembabitan pertamanya dalam bidang lakonan menerusi sebuah mini drama Dunia Lola rancangan Program Hijabista yang bersiaran di Astro Ria. Jom kita lihat Biodata Mira Filzah ini.

Nama Sebenar : Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman 
Nama Popular : Mira Filzah 
Umur : 23 Tahun (2016) 
Tarikh Lahir : 2 April 1993 
Asal : Bangi Selangor
Kelahiran : Ipoh Perak 
Pendidikan : Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam 
Pekerjaan Terkini : Pelakon, Pengacara, Blogger, Model 
Lakonan Drama : Dunia Lola (2010), Dahlia (2013) Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2015-2016) Lakonan TelefilemInfoDin Sardin (2015), Abang Haji (2015), Abang Beduk (2015), Nasi Dagang Lembu Korban (2015) 

0 Response to "Biodata Mira Filzah"

Post a Comment