Pengundi Remaja Tolak UMNO


Ini semua adalah benar. Pengundi Remaja Tolak UMNO. Ini adalah daripada hasil kaji selidik dalam laman Twitter yang diterajui oleh pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mendapati, "88% (16,775 pengguna Twitter) memilih untuk menolak Umno dan BN. Manakala hanya 12% (2,288 penguna Twitter) memilih parti pemerintah.."

Posting kaji selidik berkenaan turut di ulang twit oleh lebih 2,700 pengguna laman Twitter. Pada PRU 14 akan datang, di jangkakan 60% pengundi adalah pengundi bawah 40 tahun. Ini admin lihat sendiri kaji selidik tersebut yang dijalankan oleh Syed Saddiq.

Jika anda kurang percaya anda boleh lihat sendiri pada gambar atau terus sahaja ke akaun twitter milik Syed Saddiq. Jika ini direalisasikan pada pilihanraya akan datang pasti anda tahu apa yang jadi kepada parti UMNO.

Admin bukan orang politik tetapi apa yang admin tengok rata-rata sekarang sememangnya golongan muda kurang senang dengan UMNO. Tidak tahu di mana silapnya admin sendiri tidak tahu. Tetapi ia memang benar sebab admin sendiri pernah bertanya kepada golongan-golongan muda ini dan mereka sememangnya tidak menyokong UMNO.

0 Response to "Pengundi Remaja Tolak UMNO"

Post a Comment