Had Umur KWSP Kekal 55 tahun

Had Umur KWSP Kekal 55 tahun

Pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua pencarum KWSP. Sebentar tadi PM Malaysia Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa Had Umur KWSP Kekal 55 tahun. Jadi ura-ura had umur pengeluaran simpanan KWSP dari 55 tahun ke 60 tahun tidak akan dilaksanakan.

PM menyatakan bahawa sebarang perubahan hanya terpakai jika ahli memutuskan untuk bekerja melepasi usia 55 tahun. Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Invest Malaysia 2015. 

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari. Beliau berkata, KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan hanya akan terpakai kepada caruman baharu membabitkan ahli yang berhasrat menyambung perkhidmatan selepas umur 55 tahun.

 "Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun," katanya.

Jadi kepada semua pencarum KWSP anda puas hati dengan berita ini? Pastinya puas bukan.

1 Response to "Had Umur KWSP Kekal 55 tahun"

  1. Huh nasib baik....kalau x, x merasa duit sendiri....

    ReplyDelete