Nama penuh beliau adalah Nur Amirah Filzah Badiozaman dalam dunia lakonan belum pun setahun, namun namanya dikenali dengan agak cepat dan drastik terutamanya oleh pengguna rangkaian laman media sosial. Malah penampilan cantik dengan berhijab dilihat sebagai bonus untuk dirinya mendapat peminat yang ramai dimana penampilan tersebut bukan halangan untuk dia mencuba nasib mengetengahkan bakat yang ada dalam bidang lakonan tanah air.
Mira Filzah tampil dalam dunia peragaan untuk majalah ketika usia 18 tahun, sebelum pembabitan pertamanya dalam bidang lakonan menerusi sebuah mini drama Dunia Lola rancangan Program Hijabista yang bersiaran di Astro Ria. Jom kita lihat Biodata Mira Filzah ini.
Nama Sebenar : Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman
Nama Popular : Mira Filzah
Umur : 23 Tahun (2016)
Tarikh Lahir : 2 April 1993
Asal : Bangi Selangor
Kelahiran : Ipoh Perak
Pendidikan : Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam
Pekerjaan Terkini : Pelakon, Pengacara, Blogger, Model
Lakonan Drama : Dunia Lola (2010), Dahlia (2013) Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2015-2016) Lakonan TelefilemInfoDin Sardin (2015), Abang Haji (2015), Abang Beduk (2015), Nasi Dagang Lembu Korban (2015)
0 Response to "Biodata Mira Filzah"
Post a Comment